Saturday, November 13, 2010

Only 24/30 for rumusan...so sad

http//zero.facebook.com. Inilah laman web yang sering dikunjungi remaja kontemporari. Mereka akan meluangkan masa yang panjang untuk mengemaskini status mereka, 'poke' rakan-rakan mereka dan sebagainya. Kesannya, mereka kurang melibatkan diri dalam perkara-perkara yang bermanfaat dan akhirnya menjadi sampah masyarakat. Remaja merupakan aset sesebuah negara. Terdapat beberapa ciri remaja yang cemerlang.

Membaca jambatan ilmu. Remaja yang cemerlang sudah pasti menghargai ilmu pengetahuan. Ini kerana, dia sedar akan manfaat yang dapat diperoleh daripada menelaah buku-buku ilmiah. Membaca merupakan prasyarat bagi remaja cemerlang. Sedangkan rata-rata anak muda membazirkan wang ibu bapa mereka melakukan perkara-perkara laknat, seorang reamaj cemerlang akan bijak menggunakannya untuk membeli buku-buku ilmiah seperti, "The Outliers","Reader's Digest","Kuntum" dan lain-lain lagi.

'Masa itu emas', merupakan antara falsafah hidup remaja cemerlang. Remaja cemerlang akan mengisi masa lapang dengan melakukan perkara-perkara berfaedah. Misalnya, menyertai kelas seni ukir, menganyam dan kraf tangan. Kemahiran-kemahiran sebegini yang menjadi acuan untuk membentuk seorang remaja yang holistik dan cemerlang.

Selain itu, seorang remaja akan menjadikan rukun negara serta wawasan negara sebagai wawasan diri. Kesopanan dan kesusilaan serta moto 1 Malayisa; Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan akan disanjung tinggi seorang remaja cemerlang. Dia akan mengamalkan budi bahasa, berbakti kepada masyarakat dan sentiasa sedia membantu golongan yang tidak berkemampuan.

'Otak yang cergas terdapat pada badan yang cergas'. Remaja cemerlang akan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Contohnya, melibatkan diri dalam sukan yang agresif, mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat dan menjauhi aktiviti-aktiviti yang boleh memudaratkan kesihatan seperti merokok, menagih dadah dan mengambil minuman beralkohol.

Kesimpulannya, setiap anak watan haruslah mengambil inisiatif untuk menyemai ciri-ciri remaja cemerlang pada sanubarinya. Ini dapat melahirkan model insan yang sempurna dan sekali gus meningkatkan sosioekonomi negara. Tahap kestabilan politik, kemakmuran ekonomi, kecemerlangan pendidikan. kesejahteraan sosial dan kecanggihan industri Malaysia akan setaraf dengan negara-negara maju seperti Kanada. Perancis, Jerman, Jepun, Amerika Syarikat dan Rusia. Dapatlah kita "Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah" dengan mereka.


(I'm suguz student^^)

No comments:

Post a Comment